1. Pengenalan
Tugasan ini berkaitan dengan tajuk Isipadu Cecair. Murid berkemungkinan mengalami masalah untuk memahami konsep isipadu sewaktu pengajaran guru, terutamanya sewaktu mereka membuat perbandingan diantara dua bekas yang mengandungi isipadu yang berbeza. Bagi mengatasi masalah ini di harapkan paparan yang di paparkan dalam blog ini akan membantu dalam menangani masalah ini dan memudahkan murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Tugasan ini juga mengandungi sebuah video yang berkaitan dengan cara mengukur Isipadu Cecair di mana pada permulaan video, penerangan lengkap berkaitan dengan cara mengukur isipadu menggunakan alatan tertentu secara terperinci di paparkan kepada pembaca.
Dalam blog ini mengandungi dua bahan bantu mengajar yang dibina bagi membantu murid Tahun 2 memahami pengajaran guru dengan lebih baik. Bahan tersebut juga mempunyai kriteria seperti mudah di cipta dan boleh di implimentasikan dengan mudah kepada murid. Ia juga adalah berkaitan dengan kehidupan seharian murid dan sesuai digunakan untuk pelbagai aras pencapaian murid. Seterusnya bahan yang di cipta adalah bersifat ekonomik dan mudah didapati.
Berdasarkan dua bahan bantu mengajar yang dibina, setiap satunya mengandungi dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bersesuaian untuk golongan murid yang berpencapaian tinggi dan rendah. Aktiviti yang telah disusun dan dirancang ini diharapkan dapat membantu murid Tahun 2 dalam memahami dan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru seterusnya membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik khususnya.
2. Video Isipadu Cecair
Video ini mengandungi paparan video berkaitan dengan langkah-langkah mengukur Isipadu Cecair menggunakan pelbagai alatan yang sesuai.
3. Bahan Bantu Mengajar Pertama
Dua Bahan Bantu Mengajar yang di sediakan adalah amat bersesuaian bagi Murid Tahun 2 dan dapat membantu murid agar memahami aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan.
BAHAN BANTU MENGAJAR PERTAMA
Bahan-bahan yang digunakan :-
- Baldi kecil
- Cawan plastik
- Botol air
- Jug air
- Botol mineral bersaiz kecil
- Botol mineral bersaiz besar
- Bekas makanan
- Kad manila dan pen marker
Jug Air |
Botol Mineral Bersaiz Besar |
Botol Air |
Botol Mineral Bersaiz Kecil |
Bekas Makanan |
Kad Manila Dan Pen Marker |
Baldi Kecil |
Cawan Plastik |
Penerangan berkaitan bahan yang digunakan :-
Bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan terbuang, mudah di dapati dan sangat ekonomik untuk di gunakan seperti botol mineral yang pelbagai saiz. Baldi kecil, cawan plastik, jug air, botol air dan bekas makanan adalah bahan-bahan yang mudah di dapati. Bahan-bahan ini juga adalah bahan yang biasa dilihat dan di gunakan oleh murid dalam kehidupan mereka. Bahan yang di gunakan juga adalah bahan yang tidak merbahaya kepada murid dan ianya bersifat mesra pengguna. Selain itu alatan menulis seperti kad manila dan pen marker boleh di dapati dengan mudah dan kos yang murah.
Cara penggunaan bahan :-
- Baldi kecil digunakan untuk mengisi cecair yang telah di sukat menggunakan cawan plastik.
- Cawan plastik digunakan sebagai alat penyukat kuantiti cecair yang terkandung dalam setiap bekas yang akan di sukat.
- Botol air digunakan untuk mengisi cecair yang akan di sukat.
- Jug air di gunakan untuk mengisi cecair yang akan di sukat.
- Botol mineral bersaiz kecil dan besar di gunakan untuk mengisi cecair yang akan di sukat.
- Bekas makanan di gunakan untuk mengisi cecair yang akan di sukat.
- Kad manila di gunakan untuk mencatat dapatan aktiviti.
- Pen marker digunakan untuk menulis dapatan aktiviti.
4. Aktiviti Pengajaran Menggunakan
(Bahan Bantu Mengajar Pertama)
Aktiviti Pengajaran Bagi Kumpulan Murid Berpencapaian Tinggi
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Mengukur dan membandingkan Isipadu Cecair.
Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat mengukur isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai.
Bahan - bahan :
- 5 biji Jug yang berisi cecair
- 5 buah bekas makanan yang berisi cecair
- 5 buah botol mineral bersaiz besar yang berisi cecair
- 5 buah botol mineral besaiz kecil yang berisi cecair
- 5 buah botol air yang berisi cecair
- 5 biji cawan plastik yang berisi cecair
- 5 buah baldi kecil yang berisi cecair
- 5 keping kad manila dan 10 batang pen marker
Langkah-langkah pengajaran :
1. Murid-murid di bahagikan kepada 5 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan di minta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan pelapor.
3. Guru memberi penerangan berkaitan dengan cara menjalankan aktiviti secara terperinci kepada murid.
4. Ketua dan beberapa orang wakil kumpulan kehadapan kelas untuk mengambil alatan yang telah di sediakan oleh guru.
5. Setiap kumpulan di bekalkan dengan 1 biji jug yang berisi cecair, 1 buah bekas makanan yang berisi cecair,1 buah botol mineral bersaiz besar yang berisi cecair, 1 buah botol mineral bersaiz kecil yang berisi cecair , 1 buah botol air yang berisi cecair, 1 biji cawan plastik, 1 buah baldi kecil, 1 keping kad manila dan 2 batang pen marker yang berwarna merah dan biru.
6. Dalam kumpulan, murid diminta menyukat isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai bagi setiap bekas menggunakan cawan plastik.
7. Murid dikehendaki menyediakan jadual seperti yang di paparkan oleh guru di hadapan kelas pada kad manila yang di bekalkan.
Contoh jadual
Alatan | Bilangan |
Jug air | _______ biji cawan plastik |
Bekas makanan | _______ biji cawan plastik |
Botol mineral bersaiz besar | _______ biji cawan plastik |
Botol mineral bersaiz kecil | _______ biji cawan plastik |
Botol air | _______ biji cawan plastik |
8. Seterusnya murid mula menyukat isipadu dengan cara menuangkan cecair yang terkandung di dalam setiap bekas ke dalam cawan plastik dan kemudian mengira berapa cawan air bagi setiap bekas yang di sukat.
9. Setelah menyukat isipadu bekas, murid mencatat di dalam jadual yang disediakan.
10. Langkah terakhir, murid di kehendaki membuat perbandingan dan rumusan bagi aktiviti yang dijalankan. Murid membincangkan susunan bekas daripada yang mengandungi paling banyak cecair kepada bekas yang
mengandungi paling sedikit cecair.
mengandungi paling sedikit cecair.
Contoh :-
Jug air - Botol air - Botol mineral bersaiz besar - Botol mineral bersaiz kecil - Bekas makanan
Kesimpulannya , bekas yang besar boleh menampung lebih banyak cecair berbanding dengan bekas yang kecil.
11. Wakil kumpulan yang dilantik sebagai pelapor membuat laporan di hadapan kelas berpandukan hasil dapatan. Murid memaparkan jadual hasil kerja kumpulan di papan putih.
12. Setelah ke lima-lima kumpulan membuat laporan, guru membuat rumusan bagi tajuk yang dipelajari.
12. Setelah ke lima-lima kumpulan membuat laporan, guru membuat rumusan bagi tajuk yang dipelajari.
Semakin besar bekas semakin banyak isipadu cecair yang terkandung di dalamnya.
Aktiviti Pengajaran Bagi Kumpulan Berpencapaian Rendah
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Mengukur dan membandingkan Isipadu Cecair.
Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat mengukur isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai.
Bahan - bahan :
- 5 biji Jug yang berisi cecair
- 5 buah bekas makanan yang berisi cecair
- 5 buah botol mineral bersaiz besar yang berisi cecair
- 5 buah botol mineral besaiz kecil yang berisi cecair
- 5 buah botol air yang berisi cecair
- 5 biji cawan plastik yang berisi cecair
- 5 buah baldi kecil yang berisi cecair
- 5 keping lembaran kerja
Langkah-langkah pengajaran :
1. Murid-murid di bahagikan kepada 5 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan di minta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan pelapor.
3. Guru memberi penerangan berkaitan dengan cara menjalankan aktiviti secara lebih terperinci kepada murid memandangkan murid ini terdiri daripada murid yang berpencapaian rendah.
7. Guru memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan sekiranya di perlukan.4. Setiap kumpulan di bekalkan dengan 1 biji jug yang berisi cecair, 1 buah bekas makanan yang berisi cecair,1 buah botol mineral bersaiz besar yang berisi cecair, 1 buah botol mineral bersaiz kecil yang berisi cecair , 1 buah botol air yang berisi cecair, 1 biji cawan plastik, 1 buah baldi kecil dan jadual dalam bentuk lembaran kerja.
5. Guru terlebih dahulu menunjuk cara menyukat isipadu cecair dengan menggunakan cawan plastik kepada murid. Setelah itu, dalam kumpulan murid diminta menyukat isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai bagi setiap bekas menggunakan cawan plastik.
6. Berpandukan lembaran kerja yang mengandungi jadual, murid dikehendaki melengkapkan jadual tersebut.
Contoh jadual
Alatan | Bilangan |
Jug air | _______ biji cawan plastik |
Bekas makanan | _______ biji cawan plastik |
Botol mineral bersaiz besar | _______ biji cawan plastik |
Botol mineral bersaiz kecil | _______ biji cawan plastik |
Botol air | _______ biji cawan plastik |
8. Wakil kumpulan membuat laporan hasil dapatan aktiviti.
9. Setelah setiap kumpulan membuat laporan, guru bersoal jawab dengan murid berkaitan keputusan aktiviti yang di jalankan. Soalan yang di kemukan oleh guru adalah menjurus ke arah membuat rumusan bagi aktiviti.
Contohnya :-
Bekas yang mengandungi paling banyak cecair - Jug air
Bekas yang mengandungi paling sedikit cecair - bekas makanan
5. Bahan Bantu Mengajar Kedua
Bahan -bahan yang di gunakan :-
- Botol mineral yang sama saiz
- Cecair bewarna
- Kad label petunjuk
- Penuh
- Lebih daripada separuh penuh
- Separuh penuh
- Kurang daripada separuh penuh
- Kosong
Penuh |
Lebih Daripada Separuh penuh cecair |
Kurang Daripada Separuh Penuh |
Separuh Penuh |
Botol Mineral kosong |
Penerangan berkaitan dengan bahan yang di gunakan :-
Bahan yang di gunakan terdiri daripada bahan terbuang yang mudah di dapati dan mesra pengguna. Bahan ini juga selamat di gunakan dan tidak merbahaya kepada murid. Selain itu ianya tidak memerlukan kos yang tinggi, bagi melibatkan murid dalam penyediaan bahan guru boleh meminta bantuan murid untuk mengumpulkan botol mineral bagi menjalankan aktiviti ini. Kad petunjuk di sediakan menggunakan bahan yang mudah di dapati, ianya menggunakan kad manila ataupun kertas A4 berwarna atau yang berwarna putih sahaja. Tulisan pada kad manila sesuai di sediakan dengan tulisan tangan menggunakan pen marker ataupun di cetak menggunakan komputer seperti yang di sediakan dalam alat bantu mengajar di atas. Cecair berwarna yang di sediakan menggunakan pencelup.
6. Aktiviti Pengajaran Menggunakan
(Bahan Bantu Mengajar Kedua)
Aktiviti Pengajaran Bagi Kumpulan Berpencapaian Rendah
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat menggunakan perbendaharaan kata berkaitan dengan isipadu cecair mengikut kemahiran yang dipelajari.
Bahan-bahan :
- 50 botol mineral bersaiz kecil ( bilangan botol adalah mengikut jumlah pasangan murid )
- Cecair berwarna
- Kad petunjuk
- Penuh
- Lebih daripada separuh penuh
- Separuh penuh
- Kurang daripada separuh penuh
- Kosong
Langkah-langkah pengajaran :
1. Guru mempamerkan botol-botol mineral yang mengandungi isipadu yang berbeza di hadapan kelas.
2. Soal jawab dengan murid berkaitan dengan isipadu bagi setiap botol mineral yang di pamerkan. Kemudian guru meminta beberapa orang murid secara sukarela kehadapan untuk meletakkan kad petunjuk pada botol mineral yang berkenaan.
Contoh :
3. Setelah kelima-lima botol mineral dilabelkan, murid membaca secara kuat kad petunjuk yang tertera pada setiap botol mineral yang berlainan isipadu tersebut.
4. Seterusnya murid di minta mencari rakan karib mereka dan duduk secara berpasangan.
5. Guru memberi penerangan secara terperinci berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
6. Setelah penerangan diberikan, setiap pasangan murid di bekalkan dengan 5 biji botol mineral bersaiz kecil yang mengandungi isipadu cecair yang berbeza.
7. Secara berpasangan murid meletakkan kad petunjuk pada botol mineral berpandukan isipadu cecair yang terkandung di dalam botol mineral berkenaan.
8. Seterusnya murid di kehendaki membuat perbincangan dan pemerhatian yang teliti. Mereka dikehendaki menyusun botol berkenaan daripada yang mempunyai paling banyak isipadu cecairnya kepada botol mineral yang kosong.
Contohnya :-
Botol mineral PENUH - Botol mineral LEBIH DARIPADA SEPARUH PENUH - Botol mineral SEPARUH PENUH - Botol mineral KURANG DARIPADA SEPARUH PENUH - Botol mineral KOSONG
Aktiviti Pengajaran Bagi Kumpulan BerpencapaianTinggi
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat menggunakan perbendaharaan kata berkaitan dengan isipadu cecair mengikut kemahiran yang dipelajari.
Bahan-bahan :
- 50 botol mineral bersaiz kecil ( bilangan botol adalah mengikut jumlah pasangan murid )
- Cecair berwarna
- Kad petunjuk
- Penuh
- Lebih daripada separuh penuh
- Separuh penuh
- Kurang daripada separuh penuh
- Kosong
Langkah-langkah pengajaran :
1. Murid di minta duduk secara berpasangan.
2. Guru membekalkan 5 biji botol mineral yang kosong dan kad petunjuk kepada setiap murid.
3. Guru memberikan penerangan berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.
4. Secara berpasangan murid di kehendaki mengisi botol mineral yang dibekalkan bersesuaian dengan kad petunjuk. Contohnya bagi kad petunjuk PENUH, murid dikehendaki mengisi botol mineral dengan penuh cecair berwarna. Seterusnya diikuti dengan mengisi botol mineral lebih daripada separuh penuh cecair, separuh penuh dan kurang daripada separuh penuh.
5. Setelah siap, murid mempamerkan kad petunjuk bersesuaian dengan botol mineral yang berisi cecair berwarna. Susunan botol mineral adalah daripada botol yang mengandungi paling banyak cecair berwarna kepada botol yang tidak mengandungi cecair berwarna iaitu kosong.
6. Setiap kumpulan membuat rumusan daripada hasil aktiviti yang dijalankan.
7. Penutup
Di harapkan melalui blog ini golongan pendidik dapat berkongsi idea dan seterusnya membantu para pendidik menyampaikan pengajaran kepada murid dengan lebih berkesan dan melalui cara penyampaian yang menarik.
Mata pelajaran matematik adalah satu mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Menyedari bahawa betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah seorang pendidik menanamkan minat yang sewajarnya kepada murid. Sekiranya di aplikasikan dalam kehidupan ianya juga merupakan senaman minda supaya seseorang itu tidak jumud dan beku untuk berfikir.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari membuat sukatan. Sukatan juga merupakan salah satu daripada cabang matematik yang amat sinonim dengan kehidupan seharian. Perkaitan diantara matematik dan kehidupan seharian membuatkan mata pelajaran ini adalah mata pelajaran yang unik dan amat menarik untuk dipelajari dan dipraktikkan.
BIBLIOGRAFI
Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2010). Teaching Mathematics In Year Two. Meteor Doc.Sdn.Bhd, Seri Kembangan Selangor.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Cecair
0 comments:
Catat Ulasan